Selasa, 10 Desember 2013
Merak sokong Kerajaan Negeri Kelantan nafi terlibat Gerakan Tukar
sinarharian
11 Mac 2013
KOTA BHARU – Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (Merak) menafikan pernah bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Tukar, dalam menyatakan bantahan kepada pihak tertentu sebagaimana yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan baru-baru ini.
Presiden Merak, Azaizuree Ahmad berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang fitnah yang dilemparkan kepada badan tersebut dan menegaskan bahawa ia hanya niat untuk memburukkan imej badan itu.
“Kami menentang sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang cuba mengganggu dan meruntuhkan kerajaan Islam pimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kami sentiasa taat setia dengan beliau sebagai pemimpin utama negeri ini,” katanya ketika sidang akhbar penyerahan plat “Merak Bersama-sama Tok Guru Memperkasakan Kerajaan Islam di Kelantan” di Kompleks Kota Darulnaim semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dan hampir 30 ahli merak.
Menurut Azaizuree, Merak turut menafikan kenyataan salah seorang ahli parti lawan di Pasir Mas yang mendakwa 1,000 ahli Merak terlibat dalam aktiviti parti tersebut sebagaimana yang dilaporkan salah sebuah akhbar tempatan pada 8 Mac lalu.
Beliau berkata, perkara tersebut merupakan hanya salah sandiwara untuk menjatuhkan badan tersebut yang menyokong penuh kepimpinan Nik Aziz di negeri ini.
“Apa yang berlaku sebelum ini adalah hanya pembohongan sesetengah pihak yang melibatkan ahli kami, itu bukan kehendak kita sendiri, malah kami ditipu pihak-pihak tertentu yang mengaku mereka adalah ahli Merak Kelantan,” katanya.
Sementara itu, Abdul Fattah turut menyokong kenyataan tersebut dan berharap agar semua pihak akan membuka mata dengan isu seperti itu.
“Apa yang penting, kita menegakkan apa yang menjadi kepimpinan kita sekarang dan saya juga berbangga dengan kerjasama ahli Merak dapat menderma RM1 seorang sebagai inisiatif tambahan untuk menyiapkan Lebuh raya rakyat sebagaimana yang pernah dinyatakan Menteri Besar sebelum ini.
“Kami di peringkat kerajaan negeri menyokong sepenuhnya usaha anak-anak muda Merak yang kini hampir 3,600 orang di Kelantan sekarang dan berharap usaha murni mereka akan menjadi ikutan kepada yang lain,” katanya.

Related Posts : gerakan,
kelantan,
kerajaan,
merak,
nafi,
negeri,
sokong,
terlibat,
tukar
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar