Sabtu, 08 Februari 2014
Pres Mapim ‘Mengamuk’ Isu Bawa Masuk Artis K Pop
KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid seolah-olah hilang sabar dengan isu pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop dari Korea Selatan pada sambutan Hari Belia tahun lalu.
Ia apabila beliau secara terbuka mengecam kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung isu berkenaan baru-baru ini.
Beliau dalam satu kenyataan media semalam mendakwa keputusan PAC dalam isu itu menunjukkan Nur Jazlan seorang yang dangkal manakala Ahmad Shabery yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia mempunyai darjat pemikiran memalukan.
Mohd. Azmi mendakwa, tindakan Ahmad Shabery menjustifikasikan tindakan KBS membawa masuk artis K-Pop dalam program belia tersebut berjaya mengtinjauankan pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta amat tidak boleh diterima.
“Kami turut mempersoalkan inovasi yang Ahmad Shabery maksudkan dengan mempersembahkan penari Korea yang berpakaian tidak senonoh untuk menarik belia. Inikah darjat pemikiran seorang Menteri.
“Mapim juga kesal PAC begitu dangkal dalam menangani isu ini yang hanya dilihat dari segi prosedur bayaran .Pengerusi PAC tidak memahami kemarahan rakyat bila wang rakyat dibelanja untuk membiayai penari yang tidak ada kena mengena dengan pembentukan sahsiah belia.
“Mapim menyatakan bantahan kami dengan sikap ini yang jelas tidak sensitif dengan soal kerosakan akhlak generasi muda dengan membawa artis luar negara yang tidak melihat kesan dan imej yang akan terbentuk kepada generasi muda,” katanya dalam kenyataan itu.
Media pada 23 November lalu melaporkan Ahmad Shabery sebagai menerangkan keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memanggil artis K-Pop dari Korea Selatan dengan bayaran RM1.6 juta pada sambutan Hari Belia 2012 memberi pulangan berlipat kali ganda kepada negara iaitu sebanyak RM140 juta.
Beliau dipetik sebagai berkata, itu antara kejayaan utama yang dapat dinilai dari segi pulangan wang ringgit kepada negara tinjauan keputusan KBS yang diterajuinya tahun lepas.
Di sudut lain yang tidak dapat diukur dengan wang ringgit pula, ia merupakan suatu inovasi dalam menarik minat golongan belia terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kerajaan.
PAC pula sebelum ini melaporkan jawatankuasa itu mendapati tiada sebarang salah laku dalam isu pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop dari Korea Selatan oleh KBS semasa diterajui Ahmad Shabery tahun lepas.
Nur Jazlan dilapor berkata, ini kerana segala pembayaran semasa sambutan Hari Belia 2012 itu mengikut prosedur pembayaran dan PAC berpuas hati dengan penjelasan Ahmad Shabery.
Related Posts : ‘mengamuk’,
artis,
bawa,
isu,
k,
mapim,
masuk,
pop,
pres
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar